Singapore is a tiny country, an island, once part of Malaysia. With a Muslim population of less than half a million, one may be excused for thinking that this tiny city-state does not have a thriving number of ulama.
The fact states otherwise. Allah s.w.t has blessed the Muslims in Singapore with a relatively significant number of ulama and awliya'. They were either born in Singapore, or Allah s.w.t had moved their heart to contribute there, and even to settle down.
Sebelum
kita mendengar dialog di bawah ini, ada beberapa fakta dan
maklumat yang sangat digalakkan untuk kita semua ketahui:
Janganlah
kita mendengar dialog ini hanya sekadar untuk bersuka-ria,
sebaliknya ambillah beberapa
manfaat dan iktibar daripadanya. Antara pengajaran
yang boleh kita pelajari ialah:
-
Bukti kewujudan Jin dan makhluk halus
-
Bukti kewujudan ilmu sihir
-
Bukti kewujudan makhluk halus yang sentiasa mengganggu manusia.
-
Bukti bahawa salah
satu kemu'jizatan Al-Quran ialah ia boleh dijadikan sebagai
penawar dan rahmat
Di
dalam Al-Quran dan Sunnah, terdapat banyak ayat-ayat yang
menerangkan tentang kewujudan jin, syaitan, iblis, roh dan
ilmu sihir. Terdapat juga banyak dalil yang menunjukkan tentang
merawat diri kita dengan ayat-ayat Al-Quran, dan doa-doa yang
diajar oleh Nabi supaya melindungi diri kita dari kejahatan
makhluk-makhluk-Nya, termasuklah gangguan jin, syaitan dan
iblis.
Di
antara Surah-surah yang sering kita baca ialah Surah Al-Falaq
dan An-Naas. Jika diteliti akan maksud dan tafsirannya, kita
boleh dapati pengajaran mengenai meminta perlindungan Allah
s.w.t dari kejahatan jin, manusia dan juga sihir.
Saya
belum sempat mengumpulkan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis
untuk diletakkan di sini. Insya-Allah ianya akan diletakkan
nanti.
Dialog-dialog
di bawah ini diambil dari ceramah-ceramah yang disampaikan
oleh Ustaz Jumadi Mustar di Auditorium Masjid Sultan, Singapura
-2004. Di dalam ceramah-ceramah tersebut, pada sesi yang akhir,
penganjur meminta supaya diadakan sesi rawatan terhadap mereka
yang terkena gangguan di dalam diri mereka.
Alhamdulillah,
saya sempat merakamkan sesi tersebut supaya kita semua boleh
ambil iktibar dari dialog itu.
Persoalan
Utama: Bagaimanakah Jin boleh berdialog dengan manusia?
Dalam
cara rawatan Islam, perawat akan membacakan
beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya
pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang
ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya,
si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit
itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh
bertahan dengan berdiam diri.
Maka
timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah
pesakit akan rasa:
-
pening-pening kepala
-
mabuk
-
muntah-muntah
-
menggeletar
-
pengsan
-
seram-sejuk
-
berdebar-debar
Sebahagian
makhluk halus itu tidak tahan lalu terus meminjam
lidah si pesakit untuk berkata-kata dengan si perawat.
Biasanya, tujuan dia berkata ialah supaya dia dapat:
-
Marah si perawat dan menyuruhnya berhenti membaca Al-Quran
-
Menengking si perawat dan mencabarnya
-
Meraung kesakitan (eg: Aduuuh!! Sakitnya!!)
-
Meminta ampun dan minta supaya dia dilepaskan (Inilah yang
kebanyakan berlaku)
Ringkasnya,
makhluk tersebut lah yang berkata-kata dengan menggunakan
lidah si pesakit.
Ini
semua adalah sebahagian dari kehebatan dan kemu'jizatan Al-Quran.
"Dan
Kami (Allah s.w.t) turunkan dari Al-Quran suatu yang
menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman"
(Maksud Surah Al-Israa: 82)
(Secara
kebetulan, kedua-dua dialog ini adalah dari jin yang sama
kerana pesakit tersebut menghadiri kedua-dua seminar itu)
Dialog
Pertama - Dipetik dari seminar 'Cara-cara Memagar
Diri dan Rumah dari Gangguan Jin dan Syaitan' oleh Ustaz Jumadi
Mustar (Auditorium Mjd Sultan, Singapura - 2004)
(Bhg
1)
(Bhg
2)
Dialog
Kedua - Dipetik dari seminar 'Kupasan Mengenai
Ilmu Pengasih dan Sihir' oleh Ustaz Jumadi Mustar (Auditorium
Mjd Sultan, Singapura - April 2005)
(Bhg
1)
(Bhg
2)
Untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu perubatan Islam, sila
pergi ke halaman audio untuk
mendengar ceramah-ceramah tersebut.
Nota:
Untuk muat turun audio file ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan
untuk rawatan makhluk halus (atau yg lebih dikenali sebagai
Ayat-ayat Ruqyah), sila gunakan link di bawah ini.